Sunday, August 29, 2010

Jumaat 20 Ogos 2010
Lokasi- Kafeteria Kolam Renang Uitm

Kelas pada hari ini bermula agak suram kerana masing-masing nampak letih kerana lagi beberapa jam saja nk berbuka puasa. En.Muiz memulakan kelas dengan soalan " apakah faktor-faktor pemilihan tempat perkhemahan yang baik?" pada setiap pelajar. antara jawapan pelajar adalah; kawasan yang rata, di bawah pokok, berhampiran dengan sungai, jauh dari binatang buas, tidak di kawasan lapang kerana bahaya kepada sambaran petir dan macam-macam lagi jawapan.

 selepas itu, kami dibahagikan kepada enam kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli. setiap kumpulan diberikan sebuah khemah dan bekerjasama untuk mendirikan khemah tersebut. antara langkah-langkah memasang khemah adalah seperti berikut:



























Selepas selesai mendirikan khemah, kami diminta membuka semula khemah tersebut dan melipatnya kembali seperti asal.

Kelas pada hari tersebut berakhir kira-kira lewat jam 6.30pm.

Sunday, August 22, 2010

Pengenalan alatan perkhemahan

Jumaat, 13 Ogos 2010
Lokasi: Kafateria kolam renang Uitm

Kelas pada 13 Ogos bermula seperti biasa.setelah dua minggu menjalani aktiviti kayak di tasik Shah Alam, kami kembali semula menghadiri kelas di Uitm. pada kelas kali ini, En.Muiz akan menerangkan serba sedikit mengenai pengenalan alatan berkhemah. 

sebelum memulakan sesi penerangan, pada minggu sebelumnya, kami telah diminta untuk membawa satu alatan yang difikirkan perlu untuk dibawa semasa berkhemah. ada yang membawa sleeping bag, pisau, lampu suluh, maggie, dry bag, mancis dan macam-macam lagi.
Selepas itu, kami telah diberi tugasan untuk mencari satu tempat rekreasi dengan mengambil gambar dan menceritakan serba sedikit mengenai tempat tersebut. Kemudian barulah bermula sesi penerangan daripada En.Muiz. Antara alatan yang dibawa oleh En.Muiz ialah:

  1. sleeping bag- to sustain thermal comfort.
  2. dry bag- to keep dry thing such dry clothes, can protect belongings and it is water proofing material.
  3. camping bag- required with belt, pockets. it is very comfortable to carry.
  4. gas- for minor cooking. very easy to carry.
  5. stove- used together with gas. easy to carry.
  6. pan/steel container- to place the food.
  7. spoon-
  8. knife-
  9. multi- purpose tool- can be used for sawing, grouting and etc. easy to carry.
  10. personal  first aid- consist of emergency aid likes; plaster, panadol, bandage and etc.
  11. climbing tools- examples; safety harness, ball bearing swivel, roop and etc.
  12. helmet- to protect head during climbing.

Examples of figures;








Kayak, 06 Ogos 2010

06 Ogos 2010
Lokasi: Tasik Shah Alam

Aktiviti kayak di sambung lagi pada 6 Ogos 2010. Seperti biasa aktiviti bermula dengan senaman memanaskan badan dan diikuti dengan latihan paddling iaitu forward dan backward. masih ada lagi pelajar yang belum mahir membuat paddling. kami terpaksa membuat latihan tersebut berulang-ulang kali. 

selepas lebih kurang 20 minit membuat latihan paddling, En.Muiz sekali lagi menerangkan langkah-langkah keselamatan dan cara-cara yang betul semasa berkayak. sebagai contoh;

  1. sentiasa pandang kehadapan semasa berkayak. jangan pandang pada paddle.
  2. duduk dengan keadaan posture badan yang tegak dan sedikit kehadapan agar kayuhan paddle lebih laju.
  3. jangan takut semasa berada di atas kayak. sentiasa confident dengan diri sendiri .
  4. jika berkayak secara berpasangan, orang di belakang hendaklah sentiasa mendengar arahan orang di hadapan. paddling secara seiringan.
  5. jika ingin membuat pusingan ke kiri, paddle hendaklah dikayuh ke arah kanan. manakala jika ingin membuat pusingan ke kanan, paddle hendaklah dikayuh ke arah kiri.
  6. jika ingin membuat pusingan 180 darjah, paddle hendahlah di kayuh dari hadapan hingga kebelakang kayak. 
selepas menerima penerangan, kami di arahkan untuk membuat aktiviti water confident terlebih dahulu. ia adalah bertujuan untuk membuang rasa takut dan cemas jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. ia  juga untuk membisakan diri dengan tasik Shah Alam. selesai aktiviti water confident kami meneruskan aktiviti berkayak mengelilingi pulau di tasik Shah Alam dengan tunjuk ajar En. Muiz.

pada mulanya kami berkayak dengan kayuhan yang agak terumbang-ambing. tetapi kayuhan semakin lancar setelah hampir 20 minit berkayak di tasik tersebut. walaupun tangan seakan berat untuk meneruskan kayuhan, namun hati tetap ingin terus maju mendayung kayak...

aktiviti tersebut berakhir kira-kira pada pukul 7.15pm.





 

Thursday, August 19, 2010

Kayak, 30 Julai 2010

Jumaat, 30 Julai 2010
Lokasi: Tasik Shah Alam

Seperti yang telah di jadualkan, kelas rekreasi dijalankan dengan aktiviti kayak di Tasik Shah Alam. Aktiviti bermula agak lewat kira-kira jam 6pm. ianya di sebabkan oleh hujan yang seakan tidak membenarkan kami menjalankan aktiviti pada hari tersebut. walaubagaimanapun, aktiviti tetap diteruskan dengan ditemani hujan renyai.


Aktiviti dimulakan dengan senaman memanaskan badan dan diikuti dengan pengenalan mengenai anatomi kayak:







 paddle





life jacket








anatomi kayak











isyarat berhenti













cara meminta pertolongan






cara-cara paddling;
backward, forward












aktiviti kayak berpasangan









Bagi pelajar yang beru pertama kali berkayak, jelas terpancar perasaan teruja di wajah mereka. Pengenalan yang diberikan di awal kelas telah diaplikasikan oleh pelajar semasa berkayak. di sebabkan kekurangan bilangan life jacket, sebahagian daripada pelajar tidak dapat menjalankan aktiviti tersebut.

Aktiviti pada hari itu berakhir lebih kurang pada jam 7.30pm.









Ahlal Wasahlan

Jumaat, 23 Julai 2010

Lokasi: Kafeteria Kolam Renang Uitm Shah Alam

Kelas rekreasi bermula kira-kira pukul 5.30pm di mulakan dengan sesi perkenalan antara pensyarah bersama pelajar. En.Muiz adalah lecturer bagi kumpulan C. Kelas pada hari tersebut lebih kepada sesi suai kenal dan ramah mesra. pelajar diminta untuk menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang diri dan pengalaman rekreasi. Untuk nampak lebih menarik dan menceriakan lagi suasana yang hampir suram, En.Muiz meminta pelajar memperkenalkan diri dengan gaya unik masing-masing. Ada yang memperkenalkan diri sambil menggalas beg, memegang pen, berdiri di atas kerusi dan lain-lain aksi yang melucukan. 

Selepas selesai sesi perkenalan, taklimat berkenaan dengan aktiviti bagi kelas seterusnya di berikan oleh En.Muiz. En.Muiz telah memberi taklimat berkenaan aktiviti kayak yang akan dijalankan pada 30 Julai dan 6 Ogos bertempat di Tasik Shah Alam. selepas selesai sesi taklimat, kelas bersurai pada pukul 7pm.