Sunday, August 22, 2010

Kayak, 06 Ogos 2010

06 Ogos 2010
Lokasi: Tasik Shah Alam

Aktiviti kayak di sambung lagi pada 6 Ogos 2010. Seperti biasa aktiviti bermula dengan senaman memanaskan badan dan diikuti dengan latihan paddling iaitu forward dan backward. masih ada lagi pelajar yang belum mahir membuat paddling. kami terpaksa membuat latihan tersebut berulang-ulang kali. 

selepas lebih kurang 20 minit membuat latihan paddling, En.Muiz sekali lagi menerangkan langkah-langkah keselamatan dan cara-cara yang betul semasa berkayak. sebagai contoh;

  1. sentiasa pandang kehadapan semasa berkayak. jangan pandang pada paddle.
  2. duduk dengan keadaan posture badan yang tegak dan sedikit kehadapan agar kayuhan paddle lebih laju.
  3. jangan takut semasa berada di atas kayak. sentiasa confident dengan diri sendiri .
  4. jika berkayak secara berpasangan, orang di belakang hendaklah sentiasa mendengar arahan orang di hadapan. paddling secara seiringan.
  5. jika ingin membuat pusingan ke kiri, paddle hendaklah dikayuh ke arah kanan. manakala jika ingin membuat pusingan ke kanan, paddle hendaklah dikayuh ke arah kiri.
  6. jika ingin membuat pusingan 180 darjah, paddle hendahlah di kayuh dari hadapan hingga kebelakang kayak. 
selepas menerima penerangan, kami di arahkan untuk membuat aktiviti water confident terlebih dahulu. ia adalah bertujuan untuk membuang rasa takut dan cemas jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. ia  juga untuk membisakan diri dengan tasik Shah Alam. selesai aktiviti water confident kami meneruskan aktiviti berkayak mengelilingi pulau di tasik Shah Alam dengan tunjuk ajar En. Muiz.

pada mulanya kami berkayak dengan kayuhan yang agak terumbang-ambing. tetapi kayuhan semakin lancar setelah hampir 20 minit berkayak di tasik tersebut. walaupun tangan seakan berat untuk meneruskan kayuhan, namun hati tetap ingin terus maju mendayung kayak...

aktiviti tersebut berakhir kira-kira pada pukul 7.15pm.





 

No comments:

Post a Comment