Kelas pada hari ini bermula dengan sesi pembentangan berkaitan dengan ikhtiar hidup. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 4 hingga 5 ahli. Antara ikhtiar hidup yang boleh menjadi panduan semasa berada di dalam hutan adalah seperti panduan menetukan kiblat. Salah satu cara ialah pada waktu malam yang gelap carilah bintang tiga sederet dalam bentuk Buruj Belatik. Pada waktu siang pula bolehlah merujuk kepada posisi matahari dengan memerhatikan arah ia terbit dan juga terbenam. Arah terbit adalah pada sebelah timur dan arah terbenam pada sebelah barat. Sebelah barat adalah arah kedudukan Makkah secara rawak dan ianya boleh dijadikan panduan bagi menentukan arah kiblat.
Selain dari itu, makanan hutan. sebagai contoh:
- Tumbuhan yang tidak mengandung getah
- Tumbuhan yang tidak berbulu
- Tumbuhan yang tidak berbau kurang sedap
- Tumbuhan yang dimakan oleh hewan mamalia misal. contohnya kera
Langkah makan makanan hutan:
- Makan jangan hanya satu jenis tumbuhan saja
- Jangan memakan tumbuhan yang buahnya berwarna ungu kerana khuatir mengandungi racun alkaloid
- Cara memakan buah-buahan yang belum kita kenal adalah dengan mengupaskan sedikit pada tangan dan tunggu reaksinya, apabila tidak ada rasa aneh (panas, pahit ) ia bererti boleh dirasa pada lidah. tunggu sehingga 30 minit. jika tiada kesan sampingan, maka tumbuhan tersebut boleh la di makan.
Contoh tumbuhan yang dapat dimakan :
a. umbi tanahnya : talas, kentang, besusu, paku tanah
b. bahagian batang : umbut muda pisang, sagu, rumput madu,rebung
c. biji : padi, jagung, rumput teki madura
d. bunga : turi, pisange. daun : rasamala, melinjo, tangkai dan daun begonia ,daun selada air
Rebung
Rarum emas